Pemuda maut pacuan 4 roda dipandu rempuh belakang treler

LocalCars
30 Aug 2022 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jagatish Kumar Ramasi, 20, merupakan pemandu Mitsubishi Triton telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

PASIR GUDANG - Seorang pemuda maut selepas pacuan empat roda dipandu melanggar belakang sebuah treler yang sedang parkir di tepi Jalan Senangin 6, Taman Pasir Putih di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih, Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 4.01 pagi.

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pancuan 4 roda jenis Mitsubishi Triton melanggar treler yang sedang parkir di tepi jalan.

"Terdapat seorang mangsa, Jagatish Kumar Ramasi, 20, merupakan pemandu Mitsubishi Triton telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan operasi tamat jam 4.50 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.