Pemuda Maut, Terlanggar Papan Tanda

24 Apr 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang pemuda berusia 25 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar tembok batu longkang sebelum merempuh tiang papan tanda jalan raya di Kilometer 53.4 Jalan Dengkil-Kota Warisan, Sepang pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, mangsa yang memandu seorang diri dari arah Dengkil menghala ke Kota Warisan.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok batu longkang.

image is not available

"Impak pelanggaran tersebut menyebabkan kenderaan berpusing lalu melanggar tiang papan tanda jalan raya. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved