Pemuda merangkak belajar solat undang sebak -“Dia telah buka jalan ke pintu syurga..”

LocalFamily & Parenting
17 Oct 2024 • 2:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pemuda merangkak belajar

Tular di media sosial memaparkan seorang pemuda merangkak belajar solat di sebuah masjid di Kuala Lumpur telah berjaya undang sebak warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dapat dilihat pemuda yang memakai baju berwarna ungu itu sedang belajar cara menunaikan ibadah wajib itu dengan seorang lelaki berjubah putih.

Dalam perkongsian itu, pemuda terbabit mengikut semula apa yang dilakukan oleh pengajarnya seperti cara untuk merukuk dan bersujud.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 700,000 tontonan dengan mendapat lebih 147,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi itu.

Pemuda merangkak belajar

image is not available

Pemuda merangkak belajar

image is not available

Netizen kagum dengan semangat pemuda berkenaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemuda terbabit yang tidak malu untuk mempelajari ilmu agama demi mendekatkan diri kepada Tuhan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan pemuda tersebut dipermudahkan selalu dan berharap sentiasa istiqamah untuk belajar dan memperbaiki diri ke arah kebaikan.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @calonmayat44342