Lelaki Didenda Gara-gara Tampar GF Sebab Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Entertainment
17 Oct 2024 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki telah dikenakan denda gara-gara menampar teman wanitanya selepas bergaduh isu tidak membalas mesej ucapan selamat pagi.

Tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, yang bekerja sebagai penjaga stor membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencederakan dengan menampar teman wanitanya berusia 20 tahun di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal pada jam 12.15 tengah hari, 10 Oktober lalu.

Pergaduhan dilaporkan berpunca daripada mesej ‘Good Morning Sayang’ yang dihantar oleh teman wanitanya tidak dibalas.

image is not available

Semasa kejadian, teman wanitanya datang untuk menghantar makanan tengah hari, tapi pertemuan menjadi tegang.

Mengikut siasatan yang dilakukan pihak polis, perang mulut di antara tertuduh dan teman wanitanya berlaku apabila teman wanita tidak berpuas hati mesej tidak dijawab lelaki itu.

Situasi semakin panas sehingga lelaki itu hilang sabar dan menampar pipi kiri teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan ringan.

Mangsa kemudian ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis di IPD Batu Pahat.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000.

Bagaimanapun, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM800 atau penjara 14 hari jika gagal bayar denda.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.