Pemuda OKU Jalan Kaki 5 Hari Cari Kerja

19 Sep 2023 • 4:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
pemuda oku

Mereka yang pernah berjuang untuk mencari pekerjaan pasti faham liku-liku yang harus dilalui. Pelbagai cabaran serta susah payah perlu dihadapi demi mendapatkan sesuap nasi.

Hal ini samalah seperti perkongsian satu akaun TikTok dari negara Indonesia yang memuat naik satu video membantu seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang berjalan kaki mencari pekerjaan.

Pemuda OKU 5 hari jalan kaki cari kerja

Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai Steven Stenly, dia telah bertemu seorang pemuda OKU yang sudah seminggu berjalan kaki mencari pekerjaan yang sesuai untuk dirinya namun masih belum diterima.

Menurut pemuda OKU itu lagi, dia sudah lima hari berjalan kaki mencari pekerjaan sambilan kerana enggan menyusahkan keluarga di kampung.

Kadang2 pemuda OKU terputus bekalan makanan

Dia yang merupakan seorang pelajar akui kerap terputus makanan di hostel namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada kemampuan.

Susulan daripada itu, Steven Stenly telah mengajaknya makan terlebih dahulu dan pemuda tersebut akui itu kali pertama dia menikmati makanan dari restoran makanan segera.

image is not available

Beri sedikit duit, pelawa pemuda OKU kerja

Di akhir video tersebut, pengguna TikTok berkenaan telah memberikan sedikit duit sebagai satu bentuk bantuan kepada pemuda terbabit. Menerusi ruangan kapsyen, dia juga mempelawa lelaki terbabit untuk bekerja dengannya.

image is not available

Permudahkan urusan orang, Tuhan permudahkan urusan kita

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata terharu dengan bantuan yang diberikan.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada orang baik yang sanggup membantu pemuda OKU itu walaupun tidak dikenali sama sekali.

image is not available

Terima kasih orang baik

image is not available

Semoga rezeki terus melimpah

image is not available

Sebak lihat perkara baik macam ni

image is not available

 

Walau bagaimanapun, video yang dikongsikan pengguna TikTok dari negara seberang itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Boleh jadi ia sekadar konten untuk meraih perhatian warganet di aplikasi berkenaan.

Apa-apa pun, pengajaran dan nilai murni yang ditunjukkan dalam video tersebut tidak salah kita contohi kerana masih ramai yang benar-benar memerlukan bantuan seperti pemuda terbabit dalam memulakan kehidupan.

Sumber: TikTok steven.stenly