
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebenarnya kita sebagai manusia biasa tidak mampu meneka apa yang sedang dilalui oleh seseorang. Ada segelintir yang tampil dengan senyuman di wajah tetapi sebenarnya sedang berdepan pelbagai cabaran hidup.
Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan berbuat baik tidak kiralah dengan memberikan kata semangat, menghulurkan bantuan, atau pun menyenangkan hati mereka.
Kadangkala satu tindakan kecil juga boleh meringankan beban ditanggung dan dalam masa sama menceriakan hari individu tersebut.
Lelaki Baik Hati Tawar Servis Gunting Rambut Percuma Kepada Sekumpulan Pekerja
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aidanjloo) apabila seorang lelaki di Singapura dikenali sebagai Aidan berkongsi klip dirinya menawarkan servis pemotongan rambut secara percuma kepada 10 orang pekerja warga asing di sana.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Aidan ‘set-up’ salon sementaranya itu berhadapan sebuah gudang dipercayai tempat kerja kumpulan imigran tersebut.
Sesi pemotongan rambut itu dijalankan dari jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari iaitu sebelum syif kerja mereka bermula.
Dalam video sama, kelihatan setiap pekerja menerima gaya rambut yang berbeza mengikut ciri dan bentuk muka serta ketebalan rambut masing-masing.
Malah Aidan turut melakukan setiap potongan dengan penuh teliti dan kemas meskipun tidak dibayar.
Pekerja Hargai Kebaikan Dengan Berikan Sebotol Air Minuman
Walaupun hanya berbekalkan sebatang sikat dan gunting tanpa mesin pencukur, setiap pekerja jelas berpuas hati dengan hasil tangan Aidan. Bahkan mereka juga dilihat memeluknya selepas mendapatkan gaya rambut baru.
Lebih mengharukan apabila salah seorang pekerja membelanja sebotol air sejuk buat Aidan yang berusaha keras mendandan rambut mereka.
“Tak pernah jumpa kumpulan lelaki yang sebaik, selembut hati dan serajin mereka,” kata Aidan di ruangan kapsyen.
@aidanjloo never met a group of sweeter, kinder and hardworking group of men
♬ Let Down – Radiohead#freehaircuts #love #sgtiktok #fyp
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Aksi Pemuda Tawar Servis Potong Rambut Free
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Aidan kerana tidak berkira untuk berbuat baik kepada golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
“Ya Allah, baiknya hati dia. Saya kerja di klinik dan selalu nampak macam-macam layanan buruk terhadap pekerja asing tanpa sebab. Hanya kerana benci dan rasis semata-mata. Tapi saya lega masih ada orang baik yang sudi bantu dan naikkan semangat mereka,” kata seorang warganet.
Malah netizen juga tidak terlepas mendoakan perkara yang baik-baik buat lelaki berkenaan.
“Respect! Semoga poket kau tak pernah kering!” kata seorang pengguna TikTok.
“Memang legend!” tambah seorang individu.
Sementara itu, sesetengah individu turut terinspirasi melihat video itu dan mahu membantu orang lain juga selepas ini.
“Aku harap ada bakat potong rambut macam ni, memang nak cuba buat juga (bantu orang lain),” kata seorang wanita.








Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Asing Di Malaysia Ada Wang Simpanan Lebih RM300,000, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati
Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Dia Tak Sempat Makan” – Kerja Hingga 11 Malam, Tuan Rumah Dipuji Offer Laksa Penang Buat Abang J&T
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki

