PEKAN - Seorang pemuda berusia 19 tahun yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang berhampiran sangkar ikan patin di Kampung Tebat Paloh Hinai di sini ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat Mohamad Yusof Abdullah ditemukan kira-kira 900 meter dari tempat mangsa terjatuh pada jam 5.45 petang.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, Mohd Zaidi berkata, Balai Polis Paloh Hinai, Pekan menerima maklumat berkenaan mangsa pada jam 1.15 tengah hari itu.
Katanya, laporan itu dibuat oleh nelayan nelayan yang sedang menjala di kawasan berhampiran.
