Pemuda Terlantar Akibat Kemalangan, Sahabat Sarungkan Jubah Konvokesyen Di Hospital

14 Nov 2025 • 2:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial kisah sekumpulan sahabat mengundang sebak apabila meraikan kejayaan rakannya yang tidak dapat mengikuti majlis konvokesyen akibat kemalangan jalan raya.

Sahabat sarungkan jubah

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, mahasiswa yang dikenali sebagai Faris itu meluahkan rasa sedih kerana usahanya untuk menyarungkan jubah keramat itu dihadapan kedua ibu bapa tidak kesampaian apabila terlantar di katil hospital.

@_farisfaizal

Seminggu sebelum Majlis Konvokesyen di MMU Cyberjaya, aku terlibat dalam kemalangan yang mengubah segalanya. Setelah 4 tahun berjuang dalam pengajian undang-undang, impian untuk menggenggam segulung ijazah di hadapan ibu bapa musnah sekelip mata. Itu adalah titik paling gelap dalam hidupku. Tapi Allah telah menggantikan dengan sinar sahabat-sahabat yang hadir ke hospital, bawa jubah konvo dan raikan bersama. Kenangan itu takkan pernah aku lupa. Terima kasih kerana telah membuat aku rasa ‘aku masih layak dirai’. #spinalcordinjuryrecovery #spinalcordinjurysurvivor #love #friendship #mmu

♬ original sound – hikayatseorangfaris – hikayatseorangfaris

“Seminggu sebelum Majlis Konvokesyen di MMU Cyberjaya, aku terlibat dalam kemalangan yang mengubah segalanya.
“Setelah 4 tahun berjuang dalam pengajian undang-undang, impian untuk menggenggam segulung ijazah di hadapan ibu bapa musnah sekelip mata. Itu adalah titik paling gelap dalam hidupku,” kata Faris, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia terharu melihat usaha yang ditunjukkan oleh rakan-rakanya yang sanggup datang ke hospital membawa jubah tersebut untuk meraikan momen gembira itu bersama-sama.

image is not available

“Tapi Allah telah menggantikan dengan sinar sahabat-sahabat yang hadir ke hospital, bawa jubah konvo dan raikan bersama.
“Kenangan itu takkan pernah aku lupa. Terima kasih kerana telah membuat aku rasa ‘aku masih layak dirai,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet mendoakan pelajar tersebut kembali sembuh seperti sedia kala dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama iaitu tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen akibat kemalangan.

Malah ada juga wargamaya memuji persahabatan mereka yang dianggap begitu mahal kerana sentiasa ada biarpun berada di titik terendah melalui ujian tuhan.

Rakan yang baik

image is not available

Susah senang bersama

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 232,000 tontonan dan menerima lebih 19,000 tanda suka.

Sumber: TikTok @_farisfaizal

The post Pemuda Terlantar Akibat Kemalangan, Sahabat Sarungkan Jubah Konvokesyen Di Hospital appeared first on Borak Daily.