Pemuda terselamat insiden pokok tumbang kongsi gambar kereta hancur

11 May 2024 • 6:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemuda terselamat insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Selasa lalu telah berkongsi keadaan keretanya yang hancur dalam kejadian tersebut.

Kereta total lost

Menerusi posting yang dibuat Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26 di TikTok miliknya benar-benar mengejutkan kerana kereta yang dipandu total lost selepas dihempap.

image is not available

Pemuda terselamat, bersyukur masih diberi peluang bernafas

Dalam kapsyen yang disertakan dengan beberapa gambar, Abdul Hayyi meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan umur yang panjang dan kesihatan walaupun sempat berada di hospital kerana mengalami kecederaan.

“Alhamdulillah masih diberi nafas. Walau ada yang ingat owner Bezza merah telah meninggal,” tulisnya.

image is not available

Pemuda terselamat, namun kereta mencari rezeki hancur

Menurut pemandu e-hailing itu lagi, kereta tersebut merupakan satu-satunya kenderaan untuknya mencari rezeki. Namun, dia reda dengan takdir Allah dan bersangka baik dengan apa yang berlaku.

image is not available

Terdahulu, insiden pokok tumbang yang berlaku di Kuala Lumpur telah mengorbankan seorang pekerja sebuah syarikat yang dalam perjalanan menjemput tetamu majikannya di sebuah hotel.

Kongsi rakaman dashcam sewaktu kejadian

Rakaman video yang diambil dari dashcam milik Abdul Hayyi telah tular di media sosial dan rata-rata akui seram melihat kejadian tersebut memandangkan ia berlaku begitu pantas sewaktu hujan lebat.

Baru selesai solat zohor

Ujarnya, sebelum kejadian tersebut, dia baru sahaja selesai menunaikan solat zohor di masjid dan memohon doa agar diberi keselamatan dan dipermudahkan urusan mencari rezeki.

Siapa sangka, tidak lama selepas itu dia mengalami insiden tersebut dan syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas walaupun ada mangsa yang terkorban.

Sumber: TikTok hayyi_kimi