Amal Selawat 1,000 Kali Sehari, Ramai Sebak Lihat Rakaman Dashcam Detik-detik Sebelum Kejadian Pokok Tumbang

11 May 2024 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran dengan Hotel Concorde di Kuala Lumpur. Insiden tersebut telah meragut satu nyawa manakala seorang lagi mangsa pula terselamat.

Mangsa yang terselamat iaitu Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli yang merupakan pemandu kereta Bezza merah baru-baru ini ada berkongsikan rakaman dashcam keretanya detik-detik sebelum kejadian pokok tumbang itu.

Hayyi berkongsi video rakaman dashcam itu menerusi TikTok.

Dalam video yang berdurasi selama seminit 18 saat itu, dapat dilihat aliran trafik sebelum insiden itu di jalan tersebut bergerak perlahan dan cuaca juga tidak begitu baik kerana hujan.

Tidak lama kemudian, apabila keretanya melalui kawasan pokok itu, pokok besar itu secara tiba-tiba tumbang dan menimpa keretanya.

Rata-rata netizen sebak melihat video rakaman kejadian itu kerana dapat didengari dalam video terbabit bahawa pemilik kereta itu mengucapkan kalimah syahidah apabila pokok tersebut menimpa keretanya sehingga kenderaan itu remuk.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Hayyi ada berkongsikan tentang keadaan terkininya selepas tercedera dalam kejadian itu.

Ramai yang bertanya macam mana kereta teruk tapi tuan badan biasa sahaja. Macam tak logik. Anggota polis pun siap tanya apa amalan Cik?

Satu kejadian dengan dua nasib keadaan berbeza (ada yang meninggal dunia ada yang hidup). Alhamdullilah dipilih Allah untuk diselamatkan. Syukur sangat2. Dan salam takziah pada ahli keluarga yang meninggal dunia,” kongsinya di Facebook

@hayyi_kimi

Sebelum kejadian. Saya baru selesai solat zohor. Saya ada sedekah juga dekat masjid dan munajat pada Allah untuk keselamatan dan dipermudahkn untuk cari rezki. Hmm, nk lg cerita detail kena jumpa depan2. Baru best . #pokoktumbang

♬ suara asli – Hijrah ja – Hijrah ja

Bagi menjawab pertanyaan ramai netizen, dia mengatakan sebenarnya tiada amalan khas yang diamalkan olehnya. Cuma dia sering membaca selawat sekurang-kurangnya seribu kali setiap hari dan dia telah mengamalkannya hampir tiga tahun.

Subhanallah

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.