Pemuzik Jelaskan Kenapa Tindakan Noh Salleh Sebagai Satu ‘Self Defence’ Yang Bagus

Entertainment
14 Jul 2022 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan daripada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh memberikan jawapan arrogant kepada wartawan sebelum menghembuskan asap vape telah mendapat perhatian netizen.

Ada yang memberikan respon negatif dan ada juga yang anggap ianya sebagai satu tindakan yang bernas. Wanita yang dikenali sebagai @kungfuheidi menyifatkan kelakuan Noh itu sebagai satu mekanisme mempertahankan diri yang bagus.

 

Good defence mechanism

Dalam tweet yang telah meraih lebih daripada 1,800 jumlah retweets dalam masa 3 jam itu, wanita ini ada membuat huraian bagi setiap perincian tindak tanduk Noh.

Berkenaan dengan tindakannya menghembus asap vape, ia tidak akan disiarkan di kaca tv kerana telah melanggar garis panduan, jadi video temuramah ini mungkin tidak akan masuk ke televisyen.

Berbicara mengenai kenyataan Noh yang labelkan pihak media ‘ketandusan cerita’, wanita yang juga merupakan pemuzik genre hip hop ini bersetuju dan memberikan pandangan bahawa ramai yang lebih fokus kepada gosip berbanding hasil seni yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi itu.

Malah cara Noh berikan respon dengan mengajukan soalan semula ada taktik yang bagus untuk ‘menjerat’.

 

Smart – Netizen

Sementara itu, respon netizen pula, mereka rasa biarpun tindakan Noh nampak biadap, tetapi ia sebenarnya satu tindakan bijak malah ada juga yang baru perasan dan puji Noh seorang yang bijak.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Wow, tajam betul mata netizen eh, min pun impressed dengan teori dia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.