‘Pen ajaib’ bukan magis untuk kurus segera

Health & FitnessLifestyle
24 Jul 2026 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ‘Pen ajaib’ bukan magis untuk kurus segera
Semakin ramai memilih jalan pintas dengan menggunakan 'pen ajaib' demi mendapatkan bentuk tubuh idaman. Foto hiasan

BERSENAM, menjaga pemakanan dan mengira kalori sudah sekian lama dianggap sebagai formula asas untuk menurunkan berat badan.

Namun, jalan itu menuntut disiplin, konsistensi dan kesabaran yang tinggi untuk melihat hasilnya.

Dalam dunia yang semakin mengutamakan laluan mudah, tidak hairanlah semakin ramai memilih jalan pintas dengan menggunakan 'pen ajaib' demi mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Rakan Merak Jalanan antara yang hampir terpengaruh dengan suntikan yang didakwa dapat membantu untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.

Siapa yang tidak tergoda apabila melihat lambakan testimoni di media sosial yang memaparkan perubahan fizikal begitu ketara, seolah-olah impian untuk memiliki tubuh langsing kini boleh dicapai hanya dengan beberapa cucukan.

Tidak kurang juga golongan selebriti dan pempengaruh yang dikaitkan dengan trend ini. Tak pasal-pasal 'pen ajaib' yang dicipta untuk merawat diabetes jadi rebutan ramai kerana dipromosikan golongan tersebut.

Pada mulanya, teman Merak Jalanan sudah mula mencongak kos ‘pen ajaib’ yang mencecah ribuan ringgit.

Akhirnya, dia akur untuk melupakan sahaja hasrat mahu kurus segera selepas membuat perkiraan kos bagi beberapa dos suntikan ditambah pula dengan hakikat bahawa berat badan berisiko meningkat semula jika pengambilannya dihentikan tanpa perubahan gaya hidup yang sihat.

Yang pasti jika diteruskan, belum tentu lemak lebih cepat menyusut, tetapi dompet yang semakin menipis.

Persoalannya bukan lagi sama ada ‘pen ajaib’ ini memiliki kuasa magis. Adakah ia sebenarnya dapat membantu mereka yang bergelut dengan masalah obesiti atau sekadar menjadi tiket ekspres untuk kurus segera?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved