
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dipenjara tujuh tahun dan dikenakan tiga sebatan kerana mengambil dadah secara berulang.
Mohd Hairol Edin mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kepada pertuduhan terhadapnya.
Dia didapati mengambil dadah itu pada 11 Jun tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis Beaufort.
Mohd Hairol mempunyai beberapa rekod sabitan bagi kesalahan sama mengambil dadah.
Kesalahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mohd Hairol diperintah menjalani hukuman itu di penjara Labuan bermula dari tarikh dia ditangkap.
Selepas hukuman penjaranya selesai, Mohd Hairol diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Sementara itu, seorang lelaki dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Azlan Wilson mengaku memasuki negeri ini tanpa dokumen sahnya.
Pendatang tanpa izin itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis pada 5 Julai tahun ini di Bandaraya.
Semasa rayuan, Azlan meminta dihantar pulang ke negara asalnya secepat mungkin dan hukuman berjalan dari tarikh dia ditangkap.
Selepas hukuman penjaranya selesai, Azlan diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometriknya direkodkan sebelum dihantar pulang ke negara asal.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

