
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 29 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan sekali sebatan rotan kerana berulang kali mengambil syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, menjatuhkan hukuman itu terhadap E.S Rajmar Sambri yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.
Dia didapati mengambil dadah itu pada jam 3 petang, 23 Jun tahun ini selepas ujian air kencingnya di balai polis di sini didapati positif dadah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Rajmar mempunyai dua rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.
Kesalahan di bawah Seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Rajmar menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.
Selepas tamat menjalani hukuman penjara, Rajmar diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
Semasa mitigasinya, Rajmar memohon hukuman ringan dengan alasan dia sudah berusia dan perlu menanggung keluarganya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai pengajaran kerana Rajmar berulang kali mengambil syabu.

