Penagih dadah tegar dipenjara 5 tahun, sebatan

LocalPolitics
2 Aug 2025 • 10:14 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 35 tahun dihukum penjara lima tahun dan dikenakan sekali sebatan rotan kerana mengambil syabu buat kali ketiga.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Jamnu Mohd Judin yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Jumaat.

Mohd Jamnu didapati mengambil dadah itu pada jam 6 petang, 20 Jun tahun ini selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini dan mempunyai dua rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB), boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) ADB, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun, serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Mohd Jamnu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman penjara.

Terdahulu, semasa mitigasi, Mohd Jamnu yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai keluarga untuk dijaga.

Dia turut berjanji tidak akan mengulangi kesalahan terbabit selepas dibebaskan kelak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon mahkamah mengenakan hukuman berat memandangkan kesalahan itu adalah serius.