Penagih syabu kena 5 tahun, sebatan

16 Aug 2023 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengulangi kesalahan mengambil syabu.

Mohammad Ali Kaimah mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya.

Dia didapati mengambil dadah itu pada 10 Mei 2022 selepas air kencingnya diuji positif dadah di balai polis di sini.

Mohammad mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah itu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selepas menjalani hukuman penjara itu, mahkamah memerintahkan Mohammad diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Dalam kes lain, dua pendatang tanpa izin masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Muhaimin Abdul dan Haiman Syazwani Usin mengaku secara berasingan kepada pertuduhan terhadap mereka.

Mereka masing-masing ditahan di Beaufort dan kawasan Bandaraya pada 31 Julai dan 10 Ogos tahun ini selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada polis.

Mahkamah memerintahkan pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Mereka juga diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara, untuk data biometrik mereka direkodkan sebelum dihantar pulang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.