Penagih tegar kena 8 tahun

18 Jan 2024 • 12:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 55 tahun, yang mempunyai satu sabitan lampau mengambil syabu, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana melakukan kesalahan sama.

Jinin Kassim mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan atas tuduhan mengambil syabu dan amphetamine jam 8.20 malam pada 9 Okt 2023 di Papar.

Pertuduhan terhadap Jinin juga menyatakan dia mempunyai satu sabitan lampau mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jinin didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(2) Akta sama, yang membawa hukuman penjara antara tujuh tahun dan 13 tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Jinin dikecualikan dari hukuman sebatan kerana usianya yang sudah mencecah lebih 50 tahun.

Terdahulu, Jinin yang tidak diwakili memohon hukuman ringan kerana dia sudah berusia.

Pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak melakukan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.