“Penahanan Masih Ikut SOP Ditetapkan” – AADK Tampil Beri Kenyataan Isu Pemuda Ditangkap & Dihalang Berhubung Dengan Keluarga

12 Jun 2024 • 7:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi X semalam mengenai dakwaan seorang wanita dipercayai kakak kepada seorang pemuda yang ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di luar SOP selain dinafikan hak untuk berhubung dengan ahli keluarga ketika ditahan.

Dalam hantaran asal, pemuda berusia 22 tahun itu didakwa ditangkap ketika dalam perjalanan pulang ke rumah oleh AADK sekaligus membuatkan ahli keluarganya risau kerana gagal dihubungi.

image is not available 1 day ago

Pemuda Digari & Ditahan Secara Rawak Oleh Pegawai AADK, Didakwa Tidak Dibenarkan Hubungi Keluarga - “Duduk Satu Sel Dengan Penagih...”

Menurut pengadu (kakak pemuda terbabit), adiknya ditahan secara paksa dan turut tercedera akibat bergelut dengan pegawai AADK bertugas.

Malah, adiknya turut tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga bagi memaklumkan keberadaannya.

Berikutan tularnya dakwaan itu, pihak AADK tampil memberi kenyataan dan memaklumkan penahanan tersebut mengikut SOP ditetapkan.

image is not available

Sumber; AADK

Pihak AADK turut menceritakan kronologi penahanan di mana menurut pihak mereka, pemuda tersebut didakwa cuba melarikan diri sebanyak dua kali ketika disoal siasat.

Agensi tersebut turut mengakui dokumentasi mengenai penangkapan ketika Op Pengesanan Perdana yang dilakukan pada hari yang sama ketika kejadian mengambil masa yang lama namun masih mematuhi standard yang ditetapkan dalam APD 1983.

AADK turut memaklumkan bahawa pihak mereka mengambil serius mengenai tatakelola pegawai dan akan lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas selepas ini.