Tular Kes Pemuda Ditahan Kurang 24 Jam, AADK Tampil Bagi Respon

12 Jun 2024 • 5:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tampil memberikan respon berhubung dengan isu penangkapan seorang pemuda berusia 22 tahun kurang dari tempoh 24 jam dan ia telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan AADK hari ini, pihaknya menceritakan kronologi yang berlaku sebab kenapa mereka melakukan penangkapan terhadap pemuda tersebut.

Jelas mereka,dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu, satu Op Pengesanan Perdana dilaksanakan oleh AADK daerah Cheras atas maklumat penagihan dan aktiviti penagihan penyalahgunaan dadah di Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Dalam tindakan Orang Yang Disyaki (OYDS) di kawasan itu, pihak mereka telah menahan seorang individu yang diklasifikasi sebagai OYDS dengan SOP yang betul. Kata mereka, mereka ada memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa AADK.

Pun begitu, ketika penahanan OYDS itu dilakukan, terdapat seseorang yang berada di lokasi yang sama dalam keadaan yang mencurigakan apabila pegawai AADK cuba mendekati individu tersebut an memperkenalkan diri sebagai pegawai AADK.

“Dia bagaimanapun bertindak melarikan diri. Tindakan itu menimbulkan kecurigaan yang munasabah sehingga membawa kepada penangkapan individu berkenaan.”

“Selepas kedua-dua ditahan, pegawai AADK telah mempamerkan sekali lagi kad kuasa dan Ketika semakan dalam system MyAADK dibuat, salah seorang daripada individu tersebut telah menolak seorang pegawai AADK bagi cubaan melarikan diri buat kali kedua.”

image is not available

Jelas mereka lagi, tindakan tersebut telah membuatkan AADK Daerah Cheras menahan mereka untuk dokumentasi dan ujian-ujian tertentu bagi mengenalpasti sama ada penagih ataupun tidak.

Hasil dokumentasi dan keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripadanya negatif, individu itu telah dibebaskan. AADK mengakui tindakan dokumentasi telah mengambil masa tertentu disebabkan jumlah bilangan tangkapan dibuat pada kadar yang ramai.

Malah mereka juga menegaskan bahawa proses penahanan individu tersebut tidak melebihi tempoh 24 jam dan ia dianggap masih mematuhi SOP yang ditetapkan dalam APD (Rawatan dan Pemulihan ) 1983.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.