Penampakan buaya di Pantai Bagan Lalang, orang ramai dinasihat berwaspada

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 12:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penampakan buaya di Pantai Bagan Lalang, orang ramai dinasihat berwaspada

SEPANG: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek di sini susulan penampakan haiwan dipercayai seakan-akan buaya di kawasan berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penampakan haiwan itu lewat petang 25 Oktober lalu.

Menurutnya, haiwan berkenaan dilihat orang awam ketika berada berhampiran pusat peranginan di kawasan Pantai Bagan Lalang.

“Kami akan menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan untuk menangani masalah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Norhizam berkata, segala usaha akan dilakukan bagi menjamin keselamatan orang awam dengan kerjasama agensi berkaitan. – UTUSAN

The post Penampakan buaya di Pantai Bagan Lalang, orang ramai dinasihat berwaspada appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved