Penampakan ‘Patung’ Terapung Dibawa Arus Di Sungai Klang Jadi Tumpuan

Local
11 May 2026 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular di Threads baru-baru ini satu perkongsian video memaparkan objek menyerupai tubuh manusia terapung di Sungai Klang berhampiran kawasan Ideas Hotel sehingga mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna media sosial, rakannya dikatakan sempat merakam penampakan tersebut sebelum ramai mula tertanya-tanya sama ada objek itu hanyalah patung atau mayat sebenar.

Advertisement

jhj

Susulan video itu tular, ada individu tampil mendakwa kemungkinan ia berkaitan dengan satu kejadian lain melibatkan penemuan mayat lelaki di dalam beg yang ditemui pihak bomba dan polis sebelum ini.

Menurut dakwaan tersebut, individu berkenaan dipercayai warga Myanmar dan berasal dari Jinjang. Difahamkan, lelaki itu dikatakan keluar memancing atau menjala sebelum kejadian berlaku.

Malah, individu itu turut mendakwa pihak bomba menemui mayat seorang lelaki yang masih berpakaian ketika membuka beg berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa sama ada penampakan dalam video tular tersebut mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat yang didakwa berlaku sebelum ini.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa seram dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Penampakan ‘Patung’ Terapung Dibawa Arus Di Sungai Klang Jadi Tumpuan2026-05-08 10:44:38

Dua Penduduk Singapura Dari Kapal MV Hondius Diasingkan Untuk Saringan Hantavirus

The post Penampakan ‘Patung’ Terapung Dibawa Arus Di Sungai Klang Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article