Kelibat Didakwa Pocong Di Tepi Jalan Cetus Panik Penduduk

10 May 2026 • 9:03 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Kelibat Didakwa Pocong Di Tepi Jalan Cetus Panik Penduduk

JAKARTA – Penduduk di Hulu Sungai Utara, Kalimantan Selatan berdepan pengalaman menyeramkan apabila muncul kelibat dipercayai pocong di tepi jalan pada waktu malam hingga mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya.

Insiden itu dilaporkan berlaku di laluan antara Desa Loksuga dan Desa Pihaung, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang tular di Instagram menerusi akaun @radarbanjarmsin, kelihatan satu susuk tubuh berpakaian serba putih berdiri kaku di bahu jalan dalam keadaan persekitaran yang gelap dan sunyi.

Penampakan tersebut membuatkan ramai penduduk ketakutan sehingga ada yang memecut laju untuk meninggalkan kawasan itu secepat mungkin.

Malah, beberapa penunggang motosikal turut dilaporkan sanggup membuat pusingan-U dan memilih laluan lain kerana terlalu takut untuk melalui jalan berkenaan.

Rakaman Tular Cetus Pelbagai Reaksi

Video itu kemudian menjadi tular di media sosial dan dihujani pelbagai komen netizen. Ada yang berseloroh mengatakan manusia sebenarnya lebih menakutkan berbanding hantu, manakala sebahagian lain mengakui mereka sendiri tidak berani untuk melalui laluan tersebut pada waktu malam. – The Malaysian Update

The post Kelibat Didakwa Pocong Di Tepi Jalan Cetus Panik Penduduk appeared first on The Malaysian Update.