Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz, menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa keping gambarnya ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran agensi ByCOLIN.
Menerusi perkongsian tersebut, Azira dilihat menggayakan busana berinspirasikan Tahun Baru Cina hasil rekaan pereka tempatan ElevenOEight, lengkap dengan sentuhan pasukan solekan serta penggaya profesional.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, penampilan yang dianggap bergaya itu mencetuskan pelbagai reaksi apabila segelintir netizen mengkritik pakaian berkenaan yang didakwa terlalu ketat dan kurang sesuai sehingga menampakkan bentuk badan.
Menjengah ke ruangan komen di platform Threads, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dan memberikan kritikan terbuka terhadap selebriti berkenaan.
“Macam nak terlondeh. Kadang nampak macam baju renang.”
Selain itu, ramai berpendapat pakaian tersebut tidak sesuai digayakan oleh Azira, malah ada yang mengaitkannya dengan faktor sensitiviti menjelang bulan Ramadan.

“You memang dah cantik. But, lagi elok kalau pakai pakaian yang sopan.”
“Tolonglah berpakaian yang sopan dan molek selari nama awak. Dah nak bulan puasa ni.”
“Terlalu ketat. Hormat lah sikit dah nak ramadhan ni sis. U better than this. Malu sangat tengok, sorry.”
Setakat ini, Azira Shafinaz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung kritikan yang diterimanya, namun isu tersebut terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas Tunang Zarina Anjoulie Tak Tolak Berjodohan, Zara Zya Beri Respon - "Tidaklah Serius Sampai Tahap Macam Tu.."
The post Penampilan Azira Shafinaz Di Sambutan CNY Undang Kritikan Netizen – “Macam Nak Terlondeh, Malu Tengok” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




