Penampilan ‘Berani’ Sophia Albarakbah Undang Kritikan Netizen

EntertainmentLifestyle
23 Jan 2025 • 9:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sophia Albarakbah

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah sekali lagi mencuri perhatian selepas seorang jurusolek terkenal memuat naik satu video mengenai dirinya telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi laporan xtra, video itu menunjukkan wajahnya yang disolek cantik. Namun, penampilan aktres tersebut menjadi perdebatan hangat apabila dia mengenakan pakaian yang menampakkan sebahagian dada dan perkara itu telah mengundang rasa kurang senang di kalangan pengikut.

Netizen tak puas hati

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen di Instagram dipenuhi dengan pelbagai reaksi, termasuk komen sarkastik daripada netizen yang melabelkan Sophia seperti sengaja ‘tayang’ asetnya untuk mencuri perhatian.

Bukan kali pertama Sophia Albarakbah

image is not available

Ada juga yang menyuarakan rasa kecewa kerana ini bukan kali pertama Sophia tampil dengan penampilan seksi yang mencetuskan kontroversi.

Sebelum ini, Sophia pernah terpalit isu serupa apabila penampilannya sering dianggap terlalu seksi dan menggoda. Keberanian aktres ini dalam berfesyen nampaknya terus menjadi buah mulut ramai.

#OhmediaNasihat

Penampilan diri adalah hak peribadi, tetapi dalam dunia seni, persepsi masyarakat juga penting. Bijaklah menjaga imej agar tidak mencetuskan fitnah dan kritikan yang boleh menjejaskan reputasi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: xtra


The post

appeared first on

.