Penampilan Pelakon Stranger Things, Millie Bobby Brown Raih Perhatian Netizen - "Umur 21 Tapi..."

1 Mar 2025 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Hollywood, Millie Bobby Brown mengejutkan netizen dengan penampilan terbaharunya.

Menerusi video singkat yang dimuat naik di media sosial, dapat dilihat pelakon drama Enola Holmes itu memakai gaun sutera yang digayakan bersama rambut berwarna perang semasa acara SAG Awards yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini.

Bagaimanapun, imej tersebut rata-rata mendapat reaksi negatif netizen di mana majoriti berpendapat kombinasi pakaian dan rambut aktres tersebut memperlihatkan dirinya seperti dalam lingkungan 30-an walaupun hanya berusia 21 tahun.

“Dia nampak macam umur 30 ke 40 tahun.

“Umur baru 21 tapi dah macam pertengahan 30.

“Dah macam nenek.

“Saya suka Millie, tapi dia tak nampak 21, dia nampak 41," komen beberapa netizen.

Sekadar info, Millie Bobby Brown baru sahaja mencecah umur 21 tahun pada 19 Februari lalu.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved