“Terima kasih ya Allah” – Amelia Christie Tampil Berhijab, Netizen Doakan Semoga Istiqomah

Entertainment
17 Dec 2024 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pelakon muda, Amelia Christie kini sedang meningkat naik, dia menempa nama menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 yang menjadi bualan ramai.

Amelia atau nama penuhnya Amelia Christie Lim juga pernah digosipkan dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Terbaru, menerusi satu hantar di TikTok, Amelia berkongsi dia tampil berjubah dan bertudung labuh, perkara itu membuatkan ramai netizen yang terpegun.

@amelialim__

Terimakasih ya Allah, caramu mendewasakanku sungguh luar biasa.

♬ original sound – Amelia Lim – Amelia Lim

“Terima kasih ya Allah, caramu mendewasakanku sungguh luar biasa,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Video berkenaan mengundang pujian ramai serta ruangan komen dipenuhi dengan doa daripada netizen agar pelakon berusia 24 tahun itu terus istiqomah.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 150K tontontan serta hampir 100 komen daripada netizen.

Hantaran itu bagaimanapun hanya dimuat naik oleh Amelia di laman TikTok miliknya, di Instagram hantaran terakhirnya adalah pada sebulan yang lalu.

Cantik sangat, semoga Amelia sentiasa istiqomah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.