Penang Marriott Hotel kini dibuka, satu lagi tarikan hotel mewah di Pulau Pinang
herman
07/02/2024 - 15:51
KUALA LUMPUR 7 Feb - Penang Marriott Hotel mula dibuka kepada orang ramai dengan menawarkan 223 bilik yang menyajikan pilihan pemandangan pesisir pantai atau pusat bandar Georgetown.
Terletak di Persiaran Gurney berdekatan Tapak Warisan Dunia UNESCO, Penang Marriott Hotel menampilkan reka bentuk moden, selesa dan mewah.
Menurut hotel itu, setiap bilik ditampilkan dengan hiasan kontemporari yang lengkap dengan pelbagai kemudahan terkini buat keselesaan tetamu.
"Para tetamu hotel juga berpeluang memanfaatkan kemudahan gimnasium, sauna dan kolam renang yang dibina menghadap laut.
"Turut ditawarkan lounge premium iaitu M Club dan untuk keluarga, Kids Club terletak di Tingkat 4 yang menyediakan aktiviti bersesuaian kepada kanak-kanak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Keseluruhannya terdapat 30 jenama hotel di bawah portfolio Marriott Bonvoy dengan hotel di Persiaran Gurney itu merupakan rangkaian Hotel Marriott pertama di Pulau Pinang.
Sementara itu, Naib Presiden Kawasan bagi Indonesia dan Malaysia, Marriott International, Ramesh Jackson berkata, Pulau Pinang merupakan lokasi ideal untuk Marriott kerana pulau ini merupakan destinasi tumpuan perniagaan mahu pun pelancongan.
“Dengan pembukaan Penang Marriott Hotel, kami terus berkongsi legasi layanan mesra kami sebagai sebahagian daripada evolusi jenama dan daya tarikan moden yang disesuaikan dengan setiap keperluan tetamu kami," jelas.
Selain itu, Penang Marriott Hotel juga mempunyai dua restoran utama iaitu Kucina yang menyajikan hidangan Itali manakala Sago pula merupakan restoran yang mengkhususkan makanan tempatan dan antarabangsa.
Penang Marriott Hotel turut tidak terkecuali adalah lokasi terbaik untuk melangsungkan pelbagai acara.
Dilengkapi dengan bilik acara sehingga dewan besar yang menjanjikan pengalaman indah untuk penganjuran sebarang majlis.
Pengurus Besar Penang Marriott Hotel, Subash Basrur berkata, pihaknya menjanjikan komitmen untuk menawarkan perkhidmatan terbaik.
"Kami menawarkan gabungan layanan istimewa dan reka bentuk hotel yang moden. Ini pastinya sesuatu yang menjadi pengalaman menarik kepada tetamu kami," ujarnya. - DagangNews.com


![[VIDEO] Pasangan OKU Tendang, Libas Penunggang Motorsikal Di Jambatan Pulau Pinang](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)

