Penangan Cuti Sekolah Punya Pasal, Pengguna Jalan Raya ‘Tersangkut’ Hampir 7 Jam Di Sempadan Johor-Singapura!

Entertainment
5 Sep 2022 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cuti persekolahan kini telah bermula dan rata-rata kebanyakan keluarga sudah merancang untuk pergi bercuti ke beberapa destinasi tidak kira sama ada di dalam negara mahupun luar negara.

Namun, apa yang tak menyenangkan apabila kita terpaksa menghadapi beberapa kemungkinan seperti kesesakan lalu lintas dan bersesak-sesak di dalam kerumunan orang yang turut merancang percutian ke destinasi yang sama.

Seperti baru-baru ini tular di media sosial mengenai pengalaman pengguna jalan raya yang menghadapi kesesakan lalu lintas yang dahsyat di sebuah sempadan negara.

Kesesakan lalu lintas di sempadan Malaysia-Singapura

Kejadian tersebut telah berlaku di sempadan negara Malaysia-Singapura pada hujung minggu lepas. Beberapa hantaran telah dikongsi di media sosial yang memaparkan situasi kesesakan berlaku dan dikatakan berterusan sehingga dua hari iaitu pada 2 September dan 3 September.

Hantaran pertama telah dikongsi di laman Facebook David Hau yang memaparkan situasi polis yang menolak kereta rosak di sempadan tersebut.

image is not available

image is not available

Dalam video lain yang dikongsikan di laman TikTok, memaparkan situasi kesesakan lalu lintas melalui tinjauan udara yang boleh dikatakan agak sibuk berlaku pada pukul 10.15 pagi

Turut juga dapat dilihat dalam video seterusnya menunjukkan keadaan trafik masih sama berlaku sehingga pukul 4 petang dan berlarutan sehingga keesokan harinya.

Ada yang tersangkut sampai 7 jam!

Beberapa individu juga telah berkongsi pengalaman mereka di media sosial mengenai kesesakan lalu lintas yang luar biasa itu sehingga ada yang siap cakap telah memecahkan rekod peribadinya tersangkut di atas jalan.

image is not available

“Kesesakan lalu lintas yang paling teruk pernah saya lalui. Jumlah 7 jam!!!! Pecah rekod. Kami tinggalkan rumah pada jam 8:30am dan tak makan sarapan lagi. Hanya sampai hotel pukul 3:30pm. Patutlah kami tengok ada kereta yang patah balik ke Singapura. Biasanya 1 hingga 2 jam je.”

image is not available

Menakutkan juga min dengar pengalaman pengguna jalan raya ni. Kalau min ni duduk rumah jela tak sanggup nak hadap sebegini. Korang ada pengalaman seperti ini tak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.