“Penangan KA” – Tak Sampai 24 Jam Promo, Gerai Cendol Ini ‘Sold Out’

Entertainment
14 Dec 2023 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat disangkal lagi, apa sahaja pempengaruh Khairul Aming (KA) kongsikan, pasti akan mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Baru sahaja netizen bercerita tentang Khairul Aming berkongsi resipi ‘burger ala prosperity’ sehinggakan bahan masakan seperti daging oblong habis terjual dek penangan videonya.

Kali ini, sekali lagi Khairul Aming menggunakan pengaruhnya untuk mempromosi gerai cendol yang sering disinggahnya.

Pada petang semalam, beliau memuat naik satu hantaran video berkongsi sebuah gerai iaitu Nizam Cendol Goncang yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur untuk pengikutnya mencuba menu mee bandung dan bihun sup di situ.

Beliau turut memberitahu cendol disitu dijual hanya RM1 semangkuk dan sudah meminta pemilik gerai untuk bersedia dengan pekerja tambahan selepas menularkan gerai tersebut di media sosial.

Menerusi hantaran terkini, Khairul Aming memberitahu gerai cendol itu mendapat sambutan luar biasa apabila ramai yang menyerbu gerai terbabit.

“Mee bandung dah sold out guys. Orang beratur non stop dari pagi. Thank you semua yang support kedai abang nizam,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, turut dipaparkan video dan gambar suasana orang ramai yang sedang beratur di gerai itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan penangan pempengaruh ini dan dalam masa yang sama berterima kasih kerana membantu peniaga kecil secara percuma.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Tahniah, rezeki peniaga ni dapat promosi daripada Khairul Aming!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.