Penangan Nostalgia Keluang Man, Lebih 7,000 Orang Enjoi Di Acara Fun Run Superhero Original Pertama Malaysia

18 May 2025 • 4:21 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bagi menambahkan lagi filem live-action Keluang Man yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’.
 

Acara larian superhero original pertama Malaysia

image is not available


 


Acara larian superhero Original Pertama Malaysia itu menandakan kerjasama pertama Keluang Man dan Wonda Kopi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena program Car Free Morning.


 


‘Keluang Man WONDA Fun Run’ yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula di Menara DBKL dengan penyertaan hampir 7000 peserta yang meliputi semua lapisan peringkat umur.


 


Larian sejauh 5 km bermula 6.45 pagi dengan sesi memanaskan badan dan kemudiannya berlangsung pelepasan flag-off pada jam 7.00 pagi yang disempurnakan oleh Karakter Keluang Man, Maskot BeBe dan wakil dari DBKL, YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur.


 

Peserta berpakaian Keluang Man

image is not available


 


Uniknya larian ini menyaksikan peserta tampil dengan memakai topeng Keluang Man dan mereka yang bertuah turut mendapat jersi eksklusif edisi terhad. 


 


Tambah mengujakan, ia turut disertai barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Sham Sunder, Razzuan Rosli, penyanyi lagu tema Keluang Man, Krisya dan kumpulan S.O.G.


 


Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan teguh peminat Keluang Man serta para peserta larian, dan juga rakan kerjasama Wonda Kopi dan DBKL yang telah merealisasikan acara larian ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ pada Ahad.


 


“Acara ini bukan sekadar meraikan kemunculan filem Keluang Man di pawagam pada 29 Mei nanti, tetapi satu usaha membawa dunia Keluang Man lebih dekat kepada masyarakat. 


 

“Keluang Man mencerminkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan, jadi kami mahu nilai dan semangat tersebut mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas, sekali gus percaya bahawa setiap daripada kita mampu menjadi superhero dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

 


Dalam pada itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti di booth untuk disertai para peserta seperti sesi bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon Keluang Man dan maskot watak BeBe, persembahan oleh penyanyi Krisya dan S.O.G, cabutan bertuah, jualan ‘merchandise’ Keluang Man, siaran luar oleh radio nombor 1 paling legit di Malaysia, ERA dan banyak lagi. 


 


Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menikmati sampel Wonda Kopi Kluang, Wonda-ful Keluang Man burger, dan tawaran menarik daripada Iconic Animation Studio, Fung Keong dan Abstrax.


 

Wonda Kopi Kluang catat jualan melebihi 2 juta tin

 


Dalam pada itu, Keluang Man melangkaui layar perak apabila kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’ berjaya mencatat jualan luar biasa melebihi 2 juta tin dalam tempoh lapan bulan.


 


Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.


 


Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.


 

Treler rasmi pertama catat hampir 10 juta tontonan di TikTok

 


Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan semalam selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial. 



 


Sinopsis:


 


Keluang Man mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit psikiatri, sering melarikan diri dari hospital di malam hari.


 


Apabila sejarah lamanya kian menghantuinya, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula menuju ke arah dendam, dan tanpa sengaja, dalam proses ini Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.