Penangan resepi ‘burger ala prosperity’ Khairul Aming, oblong di pasaraya licin!

Food
12 Dec 2023 • 10:20 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Menu sebuah restoran makanan segera terkenal yang digemari ramai muncul lagi bersempena hujung tahun. Namun, disebabkan adanya tindakan boikot sesetengah rakyat Malaysia terhadap restoran tersebut, influencer popular, Khairul Aming telah berkongsi resepi burger ala prosperity terbabit di media sosial.

Resepi buat sendiri di rumah

Menerusi video yang dimuat naik, Khairul Aming telah menunjukkan cara-cara membuat burger terbabit yang hampir mirip dengan menu viral restoran berkenaan sehingga mendapat perhatian ramai.

@khairulaming

Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Resepi burger ala prosperity Khairul Aming viral

Setakat ini, sudah lebih 5.3 juta viewer yang menonton video terbabit dan masing-masing teruja untuk mencubanya di rumah.

Susulan daripada itu, satu akaun X dikenali sebagai nrhmzn_ telah berkongsi gambar notis yang dikeluarkan syarikat makanan tempatan, Ramly apabila memaklumkan yang produk oblong mereka habis dan belum sempat menambah stok berikutan permintaan yang tinggi.

Perkara tersebut mungkin disebabkan ramai yang menggunakan oblong daging berkenaan untuk membuat semula resepi yang dikongsikan Khairul Aming di rumah bagi menikmati burger ala restoran terkenal terbabit tanpa perlu membelinya.

Ramai tak sabar nak cuba buat resepi burger ala prosperity Khairul Aming

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja untu, mencuba resepi terbabit sehingga ada yang bertanya lebih detail berkenaan jenama produk yang digunakan oleh influencer berkenaan.

Ada juga yang memuji tindakan pemuda tersebut kerana masih teguh dengan pendirian untuk kekal bersolidariti dengan memberikan insiatif lain untuk rakyat Malaysia menikmati menu kegemaran mereka.

image is not available

Simpan dulu, buat belakang kira

image is not available

Dapatlah lepaskan mengidam

image is not available

Yerbaik didik rakyat Malaysia tentang kesedaran

image is not available

 

Sumber: TikTok khairulaming, X nrhmzn_