Disebabkan Resipi ‘Burger Ala Prosperity’ Khairul Aming, Daging Oblong Ramly Laku Keras!

Entertainment
11 Dec 2023 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kedai makan segera terkenal melancarkan semula signature menu yang menjadi dambaan ramai rakyat Malaysia. Bagaimanapun, difahamkan kedai makan tersebut diboikot berikutan dengan peristiwa berdarah di Gaza.

Oleh itu, Khairul Aming mendapat idea dengan kongsikan cara-cara untuk menghasilkan resipi burger ‘Ala Prosperity’ itu di rumah.

Di TikTok, video resipi ini telah meraih lebih daripada 4.8 juta jumlah tontonan dalam masa 4 hari. Bila dilihat hasilnya, ia sudah semestinya menggiurkan dan ternyata memang ramai ingin mencubanya.

@khairulaming

Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Buktinya, di platform media sosial X, ada individu kongsikan menunjukkan ramuan utama dalam menu itu, iaitu daging lembu oblong jenama Ramly telah habis dijual. Difahamkan lokasi ini di sebuah pasaraya di Seksyen 13, Shah Alam,malah,individu tersebut mendakwa ia adalah kesan daripada perkongsian resepi daripada Khairul Aming.

Dalam notis tersebut, pihak Ramly menjelaskan bahawa mereka akan mengisi stok semula pada hari Selasa selain mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang ingin membeli produk mereka.

Menjengah di ruangan komen, ada netizen kongsi tempat yang masih banyak stok dan ramai juga yang kongsi pengalaman lebih kurang sama tak dapat membeli oblong ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Min yang tengah tulis ni pun dah terpengaruh nak cari barang nanti.

Sumber : TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.