Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

LocalBusiness & Finance
23 Feb 2026 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Notis pemberitahuan mengenai penagguhan sementara fungsi bayaran balik di GiCheck.

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

Puspakom berkata, fungsi bayaran balik itu akan  akan diaktifkan semula mulai jam 12.01 tengah malam pada 9 Mac nanti.

"Sepanjang tempoh itu, permohonan bayaran balik melalui GiCheck tidak dapat dilakukan. Permohonan boleh dibuat semula setelah sistem kembali beroperasi,"  katanya dalam notis pemberitahuan yang disiarkan di Facebook rasminya.

Berdasarkan notis itu,  tempoh kelayakan bayaran balik adalah satu bulan dari tarikh pemeriksaan. Sekiranya tempoh ini berakhir semasa fungsi GiCheck tidak beroperasi, baki hari yang tinggal akan dilanjutkan selepas sistem kembali aktif.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-5101 7000.

NOTA: NOTIS PEMBERITAHUAN INI TELAH DIAMBIL DARIPADA FACEBOOK RASMI PUSPAKOM SDN. BHD