Penantian 10 tahun, Pasangan Dapat Bayi Perempuan Ketika Usia 80 & 42 Tahun

Entertainment
4 Jun 2024 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap pasangan suami isteri pasti ada impian untuk memiliki zuriat dan pastinya mereka merancang untuk mempunyai seorang ataupun lebih ramai anak.

Pun begitu, tidak semua yang dirancang bersama akan tertunai segera melainkan itu adalah perancangan Tuhan yang lebih baik buat diri kita.

Dapat anak umur 80 & 42 tahun

Perkongsian video oleh @ummimakhapakyob di TikTok memaparkan momen berharga bagi satu pasangan yang dikurniakan cahaya mata walaupun sudah berusia. Difahamkan, bapa kepada bayi perempuan itu berumur 80 tahun manakala ibunya berusia 42 tahun.

Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun. 9.30 malam, hari Jumaat, 31 Mei 2024, puteri kami dilahirkan.

Dalam video tersebut, bayi perempuan yang baru lahir itu sedang diiqamatkan oleh ayahnya dan suasana nampak hiba kerana pasangan berkenaan menanti bayi perempuan itu setelah 10 tahun.

image is not available

Dalam hantaran lain di TikTok, wanita itu turut memuat naik gambar mereka bertiga selepas selamat bersalin sebagai tanda kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Selain itu, dia turut berkongsi gambar keluarganya berkumpul selepas melahirkan bayi itu.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

@ummimakhapakyob

Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan

♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob – Ummi Mak Ha Pak Yob

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tergamam seolah-olah tidak percaya bahawa bapa kepada bayi tersebut sudah berusia 80 tahun. Masing-masing juga turut mendoakan kebaikan buat pasangan itu.

image is not available image is not available

Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama apabila dikurniakan zuriat walaupun sudah berusia.

image is not available

Alhamdulillah rezeki pasangan ni.. moga urusan dipermudahkan..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.