Penari Negara Berjaya Dapat 3 Pingat Emas Dalam Pertandingan Mallorca Dance Festival Di Sepanyol

16 Nov 2023 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penari Cherry Yeo Xiao Wei berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas pada Mallorca Dance Festival (MDF) di Calvia, Sepanyol hujung minggu lalu.

Menurut Malaysia DanceSport Federation, Xiao Wei, 18, menduduki tangga teratas dalam kategori Solo Latin  (Belia dan Dewasa).
 
Bagi kemenangan pertama, Yeo berjaya mengatasi 53 atlet wanita lain untuk bergelar sebagai juara. Manakala, untuk pingat emas kedua pula, penari negara tersebut berjaya menandingi 37 atlet daripada 14 negara berbeza.
 
Selain itu, Yeo mendapat tempat pertama dalam kategori remaja dan tempat keempat menerusi acara Solo Latin (Dewasa).
 
Kejayaan Yeo itu turut mendapat perhatian oleh Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengucapkan tahniah atas prestasi yang memberangsangkan oleh atlet itu.
 
“Dua pingat emas untuk Cherry Yeo dalam Kejuaraan WDSF di Calvia, Sepanyol. Dia mendapat tempat pertama untuk Kategori Remaja dan Dewasa Solo Latin. Tahniah!” tulis beliau di akaun Facebook miliknya.


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved