“Penat kerja tak dapat hasil” – ‘Job’ Sebelum Puasa Belum Dibayar, Norlia Ghani Luah Rasa Sedih

Entertainment
24 May 2023 • 3:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, menjadi anak seni bukanlah sesuatu yang mudah, mereka hanya mempertaruhkan bakat yang ada.

Pelakon veteran terkenal Norlia Ghani menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa sedih terhadap sebuah saluran TV swasta yang dikatakan tidak membayar gajinya untuk sebuah produksi yang telah dijalankan sebelum bulan puasa lalu.

image is not available

Dalam posting Instagram itu, Norlia yang cukup popular menerusi watak Joyah dalam drama bersiri, Opah berharap belas ehsan stesen TV terbabit supaya dapat menjelaskan bayaran walaupun sedikit.

“Apakah stesen terbabit tak ada duit, sedangkan stesen lain cepat saja selesaikan bayaran. Penat kerja, tak dapat hasil,” luahnya.

Norlia meluahkan rasa sedihnya itu dan membandingkan stesen TV lain yang boleh membayar pelakon pada masa yang ditetapkan.

Selain itu, meninjau ke ruangan komen, ada juga krew produksi yang memberitahu dia melalui pengalaman yang sama dengan stesen TV berkenaan.

image is not available

Kesiannya, Mama Norlia, harap dapat langsai cepat…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.