“Penat-Penat Ngandung 9 Bulan” – Netizen Tuduh Watie Tak Mengaku Ada Anak Perempuan?

Entertainment
17 May 2024 • 11:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
watie shuib

Tiada angin tiada ribut, isteri kepada Shuib iaitu Watie dituduh mempunyai seorang anak perempuan. Biar betul? Netizen secara ‘confident’ mendakwa Watie tidak mengaku kanak-kanak itu sebagai anaknya.

Difahamkan, dakwaaan itu dibuat individu itu setelah Watie berkongsi foto dia memeluk dua orang kanak-kanak perempuan di media sosialnya.

image is not available

Sedar namanya terpalit dengan tuduhan tidak benar, Watie menjelaskan dua kanak-kanak di dalam gambar itu adalah anak rakannya.

Kesian Mommy Ivanna @ira_ghazali penat-penat mengandung sembilan bulan, alih-alih TyAnje yang dapat nama. Memang rezeki TyAnje ni banyak dapat anak instant. Alhamdulilah.

Dia tak tahu ke TyAnje ni dah nak masuk 35 tahun dok salam Ramadan je. Tak sampai lagi seruan nak salam gari.

Watie dilihat memuat naik tangkap layar komen tersebut dan menganggap ia sebagai gurauan semata-mata. Usahawan ini secara berseloroh berkata, dia memang direzekikan mendapat anak ‘segera’.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.