“Penatlah baik m*ti..” – Pelajar Darjah 1 Trauma Dibuli, Luah Kepada Ibu Ingin M*ti

LocalFamily & Parenting
19 Nov 2025 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Gejala buli di sekolah amat merisaukan, malah terdapat beberapa kes buli yang membawa kepada maut.

Terbaru, dalam perkongsian pengguna Threads @ain_roskiman menyatakan seorang kanak-kanak difahamkan terlalu tertekan kerana dibuli di sekolah dan kemudian meluahkan kepada ibunya bahawa dia ingin mati.

 

View on Threads

 

“Apa perasaan anda kalau anak berusia tujuh tahun balik dari sekolah dan berkata begitu? Masuk akal ke budak seusia itu melakukan perkara sebegitu terhadap kawan sendiri?

Saya benar-benar buntu. Budak itu telah menyebabkan anak saya trauma sejak kecil lagi, dan perbuatannya memang tidak wajar sama sekali,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, dapat didengari kanak-kanak itu seakan hampa dan seakan sudah tidak mahu meneruskan kehidupannya meskipun baru sahaja berusia 7 tahun.

Kedengaran juga, ibu kepada anak kecil itu ingin berjumpa dengan pelaku tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rata-rata netizen menasihatkan serta mencadangkan ibu kepada anak kecil itu membuat laporan serta berjumpa dengan pelaku serta pihak sekolah.

image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.