Pencari petai hilang sejak Ahad ditemukan meninggal dunia

29 Jul 2026 • 8:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pencari petai hilang sejak Ahad ditemukan meninggal dunia

KUALA NERUS – Seorang pencari petai yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan meninggal dunia di Bukit Kampung Gemuruh, Tepoh, di sini, hari ini.

Mayat Mohd. Tarmizi Alias, 44, ditemui beberapa penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 4.35 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di bawah sebatang pokok duku, kira-kira tiga kilometer dari lokasi motosikalnya ditinggalkan.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa sudah mula mereput dan berbau dipercayai lebih 24 jam meninggal dunia.

“Pemeriksaan tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mohd. Termizi dikhuatiri hilang selepas pulang ke rumah selepas keluar mencari petai di lokasi kejadian pada pukul 10.30 pagi, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Pencari petai hilang sejak Ahad ditemukan meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved