Pemuda hilang selepas keluar cari petai

28 Jul 2026 • 3:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemuda hilang selepas keluar cari petai

KUALA NERUS: Seorang pemuda hilang selepas keluar memanjat pokok petai di sebuah kebun di Bukit Gemuruh, Tepoh, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 44 tahun itu dilaporkan keluar dari rumah kira-kira pukul 10.30 pagi dan tidak pulang sehingga hari ini.

Katanya, motosikal Honda Wave milik mangsa ditemukan di kawasan kebun berkenaan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan bersama agensi berkaitan serta penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kawasan kebun yang dianggarkan seluas kira-kira empat ekar itu turut dikenal pasti mempunyai risiko kehadiran serangga berbisa termasuk tebuan, sekali gus menyukarkan operasi pencarian. – UTUSAN

 

The post Pemuda hilang selepas keluar cari petai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved