
Kota Kinabalu: Sabah perlu mengambil langkah segera untuk cuba melahirkan pemain berkualiti untuk pasukan negeri.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Dato Jelani Hamdan membuat gesaan itu ketika mempengerusikan mesyuarat pemilihan Piala Presiden dan Piala Belia Safa secara dalam talian di sini pada Rabu.
“Usaha mencari bakat tempatan perlu dimulakan sekarang kerana ia bukan sahaja memberi peluang kerjaya tetapi juga boleh memberi manfaat kepada pasukan negeri dan kebangsaan pada masa hadapan.

