Pencemaran Udara: New Delhi Haramkan Kenderaan Berusia Lebih Tahun Beli Bahan Api

LocalEnvironment
4 Mar 2025 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, New Delhi mengharamkan kenderaan berusia 15 tahun mengisi minyak mulai 1 April ini.

Langkah itu diambil untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya dari kenderaan lama yang menyumbang kepada pencemaran udara yang kritikal di New Delhi.

Bagi mengelak daripada pemilik kenderaan lama mengisi petrol, pihak berkuasa dikatakan akan memasang satu peranti di stesen-stesen minyak bagi mengenal pasti kenderaan yang melebihi had usia tersebut.

Bagaimanapun, butiran mengenai peranti itu tidak didedahkan dengan lebih lanjut.

Menteri Alam Sekitar, Manjinder Singh Sirsa bekata, pihaknya sudah memutuskan untuk tidak membenarkan kenderaan yang berusia lebih 15 tahun daripada mengisi petrol selepas 31 Mac 2025.

image is not available

“Satu pasukan akan ditubuhkan selain kami juga sedang memasang gajet di pam petrol, yang akan mengenal pasti kenderaan berusia lebih 15 tahun, dan bahan api tidak akan dijual kepada mereka

Malah, bangunan tinggi, hotel, dan lapangan terbang di Delhi juga diwajibkan memasang alat penyembur anti-jerebu untuk mengawal pencemaran udara.

Lagipun, New Delhi sering disenaraikan sebagai salah satu bandar paling tercemar di dunia, dengan udara yang diselubungi asap tebal setiap tahun.