Penceramah Bebas Direman Bantu Siasatan Kes Tipu Pembangunan Sekolah Agama

LocalPolitics
8 Jul 2025 • 4:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penceramah Bebas Direman Bantu Siasatan Kes Tipu Pembangunan Sekolah Agama

SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) — Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama berjumlah RM140,000, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata polis menerima dua laporan berhubung kes penipuan berkenaan, masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an.

Sumber: BERNAMA