Penceramah Bebas Direman Tiga Hari, Disyaki Tipu RM140,000 Guna Nama Sekolah Agama

LocalPolitics
8 Jul 2025 • 5:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang penceramah bebas direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menipu dua wanita melibatkan jumlah keseluruhan RM140,000 kononnya untuk pembangunan sebuah sekolah agama.

Penceramah bebas guna nama institusi keagamaan bagi meraih kepercayaan mangsa

Menurut laporan Kosmo!, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas pihak polis menerima laporan daripada dua mangsa yang menetap di Shah Alam dan Gombak.

image is not available

Foto: Kosmo!

Menurut sumber, suspek dipercayai mempergunakan nama institusi keagamaan bagi meraih kepercayaan mangsa, yang masing-masing merupakan pemilik dan pengurus kepada dua syarikat berbeza.

Taktik itu menyebabkan mereka menyerahkan sejumlah besar wang kepada suspek tanpa menyedari telah ditipu.

image is not available

Foto: thesun.my

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan sebelum ini berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa mengenali suspek sejak tahun 2020, ketika dia aktif sebagai penceramah bebas.

“Mangsa pertama telah membuat tiga transaksi pemindahan wang berjumlah RM60,000 sekitar Ogos dan September 2020.

“Manakala mangsa kedua pula menyerahkan wang sebanyak RM80,000 pada tahun 2019,”katanya.

Kedua-dua mangsa kini mengalami kerugian besar dan merasakan diri mereka diperdaya.

image is not available

Foto: thesun.my

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Sumber: Kosmo! (Mohd Yunus Yakkub)