Penceramah Bebas Hadap 3 Pertuduhan Amang Seksual Fizikal Ahli Keluarga Sendiri

23 Nov 2022 • 3:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, seorang penceramah bebas berusia 61 tahun berdepan tiga pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang juga ahli keluarganya sendiri.

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh bagaimanapun mengaku tak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di depan Hakim Nooriah Osman.

image is not available
Foto: Berita Harian

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 20 Disember depan.

Selain itu, mahkamah mengeluarkan syarat tambahan iaitu tertuduh tak dibenar mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding ini berlangsung.

Tertuduh juga perlu melapor diri ke balai polis berhampiran mengikut waktu ditetapkan.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu antara 4 hingga 6 Mac lalu.

Kes dibicara mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.