Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis, Didakwa Sebar Video S*ks Bersama 4 Isteri

LocalPolitics
5 Jul 2025 • 4:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang penceramah bebas telah ditahan polis selepas disyaki menyebarkan video seks bersama empat isterinya, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada Selasa lalu.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan selepas isteri keduanya membuat laporan polis pada 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis turut merampas beberapa peranti elektronik milik suspek dan menemui beberapa rakaman video seks dalam peranti berkenaan.

image is not available

Hasil tindakan berdasarkan laporan yang diterima, polis menahan suami pengadu serta merampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek.

“Pemeriksaan ke atas peranti tersebut menemui beberapa rakaman video seks antara suspek dengan isteri-isterinya serta gambar yang mengaibkan beberapa wanita lain,” jelasnya.

Susulan penemuan itu, suspek direman selama empat hari bermula Rabu hingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Suspek kini telah dibebaskan dengan jaminan sementara polis melengkapkan siasatan kes.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Bas Langgar Penghadang Di Nilai, Lebih 20 Penumpang Cedera