Penceramah Tegur Anak Muda Kerap Guna Perkataan ‘Doh, Anjay’ & Yang Bawa Maksud Tak Baik [Video]

Family & Parenting
14 May 2026 • 5:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Penceramah Tegur Anak Muda Kerap Guna Perkataan ‘Doh, Anjay’ & Yang Bawa Maksud Tak Baik [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan bahasa itu sentiasa mempunyai perubahan dan ada perkataan baharu yang ditambah. Ada segelintir membawa maksud yang baik dan ada juga yang tidak baik.

Penggunaan bahasa yang digunakan oleh seseorang juga boleh melambangkan identiti atau personaliti. Tutur kata sopan, bahasa yang baik membuatkan hati seseorang sejuk apabila mendengarnya.

Namun pengaruh rakan sebaya dan media sosial serta sebagainya adakala mengundang kepada seseorang menggunakan bahasa yang tidak sopan khususnya kanak-kanak yang mudah terpengaruh.

Penceramah minta ibu bapa pesan pada anak jangan biasakan tutur perkataan bawa maksud tak baik

Baru-baru ini seorang penceramah yang juga Pengasas Muhammad Care Centre yang hanya dikenali sebagai Pengasuh Lelaki telah menegur kanak-kanak untuk tidak menggunakan bahasa yang tidak mempunyai maksud yang baik.

Bahkan beliau turut meminta ibu bapa untuk menyampaikan pesanan itu kepada anak-anak.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, penceramah berkenaan memberikan contoh ayat yang sering digunakan oleh anak-anak ketika ini.

“Eh cikgu bagi kerja sekolah semalam lah ‘Doh’. Apa ‘keunikan’ (pelik) daripada ayat tu? ‘Doh’ (jawab pelajar).

“Perkataan yang hujung sekali tu sayang. Ustaz dah bagitahu dah, ‘doh’ ni tiada maksud lain, ia singkatan bagi perkataan ‘bodoh’,” katanya.

Perkataan kedua yang sering juga disebut oleh kanak-kanak adalah ‘sybau’. Menurutnya perkataan tersebut merupakan singkatan bagi ayat dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘Shut Your Bit*h Ass Up’.

Minta jangan normalisasi kerana semua itu akan dipertanggungjawabkan

Malah perkataan itu juga menjurus kepada mencarut. Selain itu, penceramah berkenaan turut menekankan mengenai perkataan ‘shibal’ yang juga membawa maksud mencarut dalam bahasa Korea.

Antara perkataan lain yang turut disebut dan membawa kepada maksud yang tidak baik adalah:

  • Anjay – anjing
  • 67 – ia adalah slanga atau meme yang digunakan di internet namun ia juga membawa maksud seperti ‘brain rot’

Beliau turut meminta anak-anak kecil untuk tidak menormalisasikan budaya dengan menyebut perkataan yang membawa maksud tidak baik.

Malah turut memetik surah Al-Isra ayat 36:

“Janganlah engkau mengikuti sesuatu yang tidak kau ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabnya.”

@eat.sleep.game.sunnah

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Al Isra : 36) #pusattarbiahanakmuda #MuhammadCareCentre #TransitTerbaik #AdabDuluBaruIlmu #AyahSayaPengasuh @muhammadcarecentre @yaya @ainulmardhiah8785 @Syuja Luminous @rosazmiwahab @PAKCIK DAPURGAS @Ayam Goreng Chekgu @_syahrulmansyahar @Baba firdaus @nabella @sofia_ @Private Naim @عدلينا @farish syakirin @ermi.iryana

♬ original sound – Pengasuh Lelaki – Pengasuh Lelaki