Pencipta Protokol Menyeragamkan Masa Di Atas Talian Meninggal Dunia

TechnologyDigital
22 Jan 2024 • 3:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masa itu emas dan apabila berada di atas talian, ia memastikan hubungan antara pelayar internet sentiasa tepat bagi memastikan data dihantar dengan tepat ke destinasi. Kesemua ini tidak akan dapat dilakukan sekiranya Network Time Protocol (NTP) tidak dicipta oleh Dr David L. Mills yang meninggal dunia pada 17 Januari lalu. Kematian beliau hanya diumumkan pada 20 hari bulan lalu oleh anak beliau.

image is not available

Network Time Protocol (NTP) telah digunakan sejak 1985 dan ialah antara protokol terawal dicipta untuk rangkaian komputer yang masih digunakan sehingga sekarang. Dr Mills mendapat Idea mencipta NTP semasa terlibat dengan projek ARPANET. Beliau menyedari hubungan antara komputer dalam rangkaian yang sama perlu mempunyai ketepatan sehingga beberapa milisaat. Kini NTP digunakan oleh berbilion peranti yang mempunyai sambungan kepada internet.

Sebab kematian Dr David Mills tidak didedahkan tetapi beliau meninggal dunia pada usia 85 tahun. Kerana sumbangan kepada kemajuan dunia perkomputeran, beliau menerima anugerah IEEE Internet Award pada tahun 2013. Selain penglibatan dalam penciptaan NTP, beliau turut menyumbang kepada penciptaan “Ping” dan sistem FTP.