Pokok tumbang di Jalan Istana, banjir kilat di Jalan Kuching

26 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pokok tumbang di Jalan Istana, banjir kilat di Jalan Kuching

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa laluan utama di ibu negara dilaporkan sesak susulan kejadian pokok tumbang dan banjir kilat petang ini.

Menerusi hantaran Facebook Astro Radio Traffic, kejadian pokok tumbang di Jalan Istana menyebabkan kesesakan dari arah Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Jalan Sungai Besi menuju ke Jalan Damansara.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran susur keluar Jalan Syed Putra.

Dalam perkembangan sama, kejadian banjir kilat turut dilaporkan berlaku susulan hujan lebat di Jalan Kuching berhampiran Petron menghala ke Batu Caves.

Keadaan itu menyebabkan aliran trafik sesak bermula dari bulatan Kepong.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dan merancang perjalanan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

The post Pokok tumbang di Jalan Istana, banjir kilat di Jalan Kuching appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved