Pencuri Bertopeng Larikan Barang Kemas Bernilai RM20 Juta

6 Jul 2026 • 12:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pencuri Bertopeng Larikan Barang Kemas Bernilai RM20 Juta

Pencuri Bertopeng Larikan Barang Kemas Bernilai RM20 Juta

Sekumpulan pencuri bertopeng melarikan barang kemas bernilai hampir €4 juta (kira-kira RM20 juta) dalam satu rompakan berani di Muzium Lalique di Wingen-sur-Moder, timur laut Perancis, lapor The Straits Times.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan apabila suspek dipercayai memecah masuk ke muzium sebelum menuju terus ke galeri barang kemas.

Mereka kemudian memecahkan enam kotak pameran dan melarikan kira-kira 20 barang kemas kristal hasil rekaan pengasas jenama mewah Perancis, René Lalique.

Pihak berkuasa berkata, nilai sebenar kerugian masih dalam proses penilaian, namun dianggarkan mencecah hampir €4 juta atau sekitar RM20 juta.

Baca juga:

Menurut sumber, koleksi yang dicuri diperbuat daripada kristal tanpa batu permata berharga, sekali gus menyukarkan usaha untuk melebur atau menjualnya semula melalui pasaran biasa.

Walaupun sistem penggera di muzium berfungsi ketika kejadian, suspek berjaya melarikan diri sebelum pasukan keselamatan tiba di lokasi.

Kejadian itu hanya disedari sepenuhnya selepas seorang pekerja pembersihan memasuki bangunan sebelum menghubungi pihak polis.

Susulan itu, pihak berkuasa kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek, manakala siasatan dikendalikan oleh unit jenayah Gendarmerie Bas-Rhin.

Dalam pada itu, Muzium Lalique memaklumkan premis berkenaan akan ditutup kepada orang ramai selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan dijalankan serta langkah keselamatan dipertingkatkan.

Muzium yang mula dibuka pada 2011 itu menempatkan lebih 650 koleksi hasil karya René Lalique, termasuk barang kemas gaya Art Nouveau, karya seni kaca Art Deco serta pelbagai koleksi kristal kontemporari, menjadikannya antara institusi warisan seni paling berprestij di Perancis.

Kejadian itu turut mencetuskan semula kebimbangan terhadap tahap keselamatan muzium di negara tersebut selepas rompakan permata bernilai puluhan juta euro di Muzium Louvre, Paris pada Oktober tahun lalu yang menggemparkan dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved